top of page
Search

Bengkel "ScienceDirect and Scopus"

Writer's picture: Azean MusfirahAzean Musfirah

Updated: Feb 23, 2020

6 Ogos 2019 - Perpustakaan Tunku Tun Aminah telah menganjurkan bengkel 'ScienceDirect and Scopus'. Bengkel dikendalikan oleh Cik Ling Yu Lang dari Elsevier ini diadakan di Bilik Pencarian Maklumat, Aras 2. Seramai 94 orang peserta yang terdiri dari para pensyarah dan pelajar pascasiswazah telah menghadiri bengkel ini. Objektif bengkel ini adalah untuk membantu para penyelidik untuk memasarkan penulisan akademik dan penyelidikan dengan betul.


Objektif bengkel ini adalah:


ScienceDirect

  • "Quick Search"Carian pantas untuk carian lebih luas dan umum.

  • "Advances Search"Carian terperinci untuk carian yang lebih tepat dan sesuai.

  • Panduan mencari frasa yang tepat.

  • Penggunaan penetapan peringatan "set alert" terkini untuk bidang yang diminati.

  • Pengenalan kepada "ScienceDirect Topic Page".

  • Semak imbas kandungan jurnal dan ebuku.

Scopus

  • Pencarian dokumen untuk pencarian literatur dan pilihan muat turun dalam bentuk pdf.

  • Mengenal pasti sumber judul-judul yang di indek di SCOPUS untuk mendapatkan kertas kerja yang diterbitkan dalam SCOPUS.

  • Metrik jurnal untuk menilai prestasi jurnal.

  • Carian pengarang untuk semakan H-index penulis dan mengurus profil penulis di SCOPUS.


14 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2019 by READ@UNI. Proudly created with Wix.com

bottom of page